Sabtu, 30 Julai 2011

Kesinambungan Hidup...... =)

Salam folks..... huhhu seharusnya aku menyambung cerita ceriti berkenaan percutian the ibrahim's family, but hati kuat merasakan ianya tak perlu disambung.....cukup setakat itu sahaja (walaupun hakikat yg sebenarnya aku tak de idea nak menjadikan cerita itu menarik...kang kalau aku tambah tambah story plak kang jadi tak best plak.... tak kan nak cerita jumpa dinosor kat tengah pulau gaya......mmg jadi haram J la jalan ceritanya....)  so malam nie aku nak mengarut selagi boleh....

actually baru je balik dari umah member aku, tolong dia angkat barang pindah masuk ke rumah bujang nie..... bak kata pepatah, patah tumbuh hilang berganti....next month, salah sorang housemat angkat kaki ke umah baru.... then yg baru pun masuk menggantikan tempat nya..... so still bertiga la kat umah nie....

dan sesungguhnya, banyak perkara yg aku kutip.....cerita ceriti tentang kehidupan....sorry la kalau ayat ayat yg aku nukilkan kat sini agak melodramatik.....saje je malam hujung minggu yg hampir sahaja sama seperti malam malam hujung minggu yg sebelumnya....ntah bila ianyakan bertukar, aku pun tak pasti..... =)

so esok, plan utama nak gonjengkan rambut....da agak mengembang walaupun pada sesetengah yg melihat mengatakan "tak de beza pun....sama je aku tgk..." tapi pada kepala yg membawa rambut nie, ianya sudah tidak lagi boleh di uruskan dengan mudah....rimas mula menguasai diri.......

owh yea, tak lama lagi ramadhan menyinggah.....insyaAllah kalau panjang umur dan diberikan kesihatan, aku akan lalui bulan rahmat ini sekali lagi...dan mengharapkan ramadhan kali ini, lebih baik dari yg sebelumnya..... so guys, Salam Ramadhan aku ucapkan.... =)

ok lah, da tak tahu nak ngarutkan apa lagi...... dari aku merepek tak tentu pasal,baik aku buat kerja kerja yg lebih memberi manfaat.....salah satunya adalah sessi merehatkan minda....yezza, Cik Katil, Ms Bantal , dan Chick Selimut dah melambai lambai  meminta aku menemani malam yg sungguh syahdu utk melelapkan mata....

Chow Folks....

buthehatisenang.blogspot.com


p/s: hidup umpama sepusingan roda..... kerap kali kita berputar...adakalanya kita di atas, dan adakalanya kita di bawah..... hadapi dengan senyuman...tabahkan hati bila ujian melanda....kerna kita hanyalah hambaNya...dan selayaknya kita di uji olehNya, Pemilik Seluruh Alam...... =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan