Salam folks.......... kalau nak dikutkan semalam aku nak updates blog nie, tapi apakan daya.... otak tidak mampu utk berfungsi dengan warasnya......kepenatan menguruskan kehidupan dalam hari hari bekerja,agak mencabar kemampuan utk menukillkan sesuatu yg bermanafaat kat sini (walaupun pada hakikatnya, penulisan lebih banyak kepada kemerepekan diri sendiri)......
Entry berkenaan Pengalaman Bersama Atuk masih tak dapat nak di teruskan.....sebabnya aku masih belum berkesempatan utk pulang ke Kg halaman mengutip data data serta maklumat maklumat tambahan yg diperlukan.... so sudahnya aku ingat entry kali ni lebih kepada bual bual kosong di hujung minggu......
Seperti biasa, untuk tempoh yg hampir nak masuk 2 tahun setengah ni, rutin kehidupan aku di hujung minggu sama jek.....berbeza masa aku bekerja di Johor Bahru tempoh hari....sekurang kurangnya, hujung minggu ada je aktiviti yg berfaedah dan tak beberapa nak bagi faedah aku lakukan...antaranya melawat kengkawan kat UTM yg pada aku memberi faedah dari segi kukuhnya ikatan ukhwah sesama saudara seagama (dan dlm waktu yg sama,ia jadi tak berfaedah bila mana pertemuan lebih kepada mengutuk serta membahan kengkawan seperjuangan =P )
Tapi semua tu tinggal kenangan,bila mana aku berpindah ke Ibu kota...... mungkin ada yg akan kata "lu tak KL la bro.... ujung minggu lu lepak umah...." tapi inilah jalan hidup yang aku pilih.... kalau masa time dalam mode angau angau gila gila remaja, at least dua minggu sekali akan kuar berdating .....but bila semua itu hanya tinggal sejarah....... so hujung minggu semuanya melepak di rumah...kuar hanya bila perlu....dan kebiasaannya aku akan kuar bila ada aktiviti aktiviti yg berfaedah........
Aku percaya akan ada yg kata, "mak aih boring gila hidup ko...." dan baru je sebentar tadi, masa aku start menulis nie, housemate aku sound "An ni kalau connection internet down, mau sasau kut......." demn.... hahahahahahah tapi nak buat camne, aku selesa dengan hidup aku skang.....tak perlu nak pening pening....tak perlu nak stress stress.... dan tak perlu nak sakit jiwa kuar menghadap kepirukan kota.....lepaks rumah sudah....
Owh yea, di sebabkan itu juga la, antara langkah awal yg aku amik, bagi mengelakkan saiz pinggang aku bertambah, aku da start balik sukan yg agak lama aku tinggalkan....yeahh Basket Ball..... sukan yg mempopularkan aku time aku kat KMPP....walaupun aku sedar aku tak la setaraf Kobe Bryant...
So guys, actually aku da tak tahu nak merepekan apa lagi....ada sebundut baju yg nak di setelkan.... esok ada meeting.....cukup utk kali nie....
Chow Folks !!!!!
buthehatisenang.blogspot.com
p/s: Selamat Hari Bapa terutama utk bapak aku, Ibrahim Haji Harman...... anak anak abah sygkan abah..... insyaAllah bulan depan kita g bercuti cuti malaysia kay....... yeahhh tak sabar menunggu bulan depan..... syukur Ya Allah atas rezeki kurnianMu Ya Rabbi..... =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan