Khamis, 24 Mac 2011

Soal Hati.... Part 2.... =)

Salam folks.....huhuhu sebelum aku mula buat keje aku...tetiba mood nak menulis ni memuncak....bersemangat plak nak menulis..... dan yg pastinya aku nak sambung balik penulisan yg diluar keterbiasaan....... Soal hati part 2..... selamat membaca.... =P

well apa yg aku nak tulis ni,lebih kepada pengalaman aku dalam soal hubungan berlainan jantina....... dari seorang yg kasar dari segi perwatakan serta percakapan.....berubah 360 degree bila mana hati tersentuh dengan kelembutan & kelunakan suara manja kaum hawa.... mmg tak leh blah bila pikir balik........even untill now,kengkawan baik aku duk selalu menganjing aku.... "perghhhhh...cakap dengan pompuan,suara tak bleh blah siot.....terus lemah gemalai......si*l nye jantan......" erkkkk aku tak tahu laaa,but aku raseaku bercakap macam biasa je kut..... cuma maybe dengan kaum sejenis nie terutamanya kengkawan baik aku....percakapan @ perbualan mmg tak pernah nak bersopan santun....or maybe itu cara aku bersopan santun......

berbalik kepada pengalaman yg aku nak cerita kat korang....bukan la pengalaman masa aku ngan syok dilamun rase cintan cintun ni....sebab pada aku tak de pekdahnya nak citer pun....citer best best,lastnye result FAILED......so apa yg aku nak story ni lebih kepada keadaan aku berhadapan dengan result yg FAILED tu.... macam mana aku leh survive dalam dua kali kegagalan.......macam mana aku masih lagi mampu berdiri dan menerima segalanya as takdir hidup aku.....ok ready guys and gurl.....(da macam minah bapuk plak cakap cenggini....sual tul....)

so.... dua kali failed,dua kali gak hati aku derita....but alhamdulillah...ianya tak lama.....maybe akan ade yg kata "arghhhh ko jgn nak gebang,kompem ko frust menonggeng kan???kompem ko tak lalu makan kan?? " well bro, dengan nama Allah.... yg aku sedihkan adalah salah silap aku sepanjang dlm hubungan aku dengan kaum hawa.... yg mana , kegagalan dalam mengawal hati ....... dan hingga ke hari ni, bila mana org tanya apa yg aku rase bila da single....well aku leh jawab dengan tenang nya...aku bersyukur, Allah uji aku dengan ujian yg menyedarkan aku betapa apa yg aku usahakan selama ini tidak berada dalam lingkungan keberkatan Nya..... maybe ayat aku kat atas nie agak poyo tahap koya koya......so...kalau korang nak tahu....well kat sini aku nak reveal salah satu nasehat yg aku dapat daripada seorang kawan dlm FB aku....yg mana seriusly aku tak pernah pun bercakap dengan dia...... and sesungguhnya dia merupakan kawan kepada kawan aku yg aku main add jek....but alhamdulillah, semuanya ini aku percaya atas kehendakNya......

 =) Bismillah (Dengan Nama Allah)

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". An-Nahl [18]

Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan pada kita. Dan hakikatnya semua itu adalah pinjaman, kan? Semua ini adalah ujian yang Allah beri, dan Allah bukanlah bersifat kejam. Di sebalik setiap kejadian itu,punya hikmah tersembunyi bagi mereka yang mencari.

"...boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya".Baqarah [216]

Yakinlah, setiap ujian Allah itu adalah mengikut kadar kemampuan hambaNya. Banyakkan bersabar. Banyakkan muhasabah diri. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Kita ni sekadar merancang hidup dan usaha yang terbaik menjalani hidup seadanya. Namun, jangan lupa, Allah juga merancang untuk kita. Jadinya, bersangka baiklah dengan perancangan dan ketentuan Allah, sesungguhnya itu adalah yang terbaik buat kita. InsyaAllah.

Reading your profile's status, it's so obvious you're mentally and emotionally depressed. I know you're a good person. I believe Allah ada merancang yang lebih baik buat Mirul. Jaga diri selalu. Jaga hubungan Mirul dengan Allah. Mungkin Allah tarik nikmat yang sedikit ini, supaya Mirul lebih dekat denganNya. Take some time to get things cool down. Harap Mirul terima segalanya dengan hati yang tenang, zahir dan batin. 
Yakinlah, Allah lebih tahu apa yg terbaik buat kita. Dan bersyukurlah sentiasa di atas apa yang berlaku. Kerana terlalu banyak nikmat yang telah Allah limpahkan pada kita =)

Maaf kalau ada tersalah cakap. My intention is good, I just don't wanna see you trapped inside those bad emotions utk tempoh yang lama. It's not good for you =)

I wish that Allah will grant you all the good things in life. Ameen.

Salam



so aku agak terpana membaca msg kawan aku tu...dan dalam banyak banyak kawan aku dalam list FB tu, dia muncul memberi nasehat..... terpegun sekejap....but seriusly....nasehat dia ni la yg buat aku kuat....leh mampu berdiri....melihat dunia ni dengan hati yg lapang..........sedar akan kelemahan aku as hambaNya.... so kay la folks, aku nak start buat keghoje aku......nanti aku sambung balik..... insyaAllah ade part 3..... =)

Chow folks......

buthehatisenang.blogspot.com

p/s : msg tu aku dapat setelah aku updates status aku dengan lirik lagu Iron Maiden...... Hollowed Be Thy Name....mmg rebel lirik lagu tu....memberontak seolah olah tidak dapat menerima takdir......but ianya lebih kepada sebuah lirik lagu yg aku suka......and dalam pemberontakan yg wujud dlm lirik tu terselit kata kata yg menaikkan semangat utk terus berdiri walaupun dihujani dengan seribu ujian...and to my buddy, baca dan fahami msg yg gua dapat dari kawan gua ni bro..... yg banyak membuatkan gua jadi seperti ini.....yg ade sesetangahnya menganggap gua hati kering...tak kering mana pun bro....cuma lebih kepada redha menerima takdir bro....... =)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan