Salam folks..... alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, pemilik seluruh alam.... aku masih di beri kesempatan utk menikmati kehidupan.... well guys, agak lama aku tak bukak blog nie.... dan agak lama jugak laa blog ni terperuk terperosok tidak berusik..... kesibukan dengan amanah kerja membataskan gerak geri jari jemari utk menukilkan suatu tulisan (yang semesti agak cliche.....) yg tidak diketahui samada mampu menggembirakan atau membosankan korang semua....
So, kengkawan... alhamdulillah, new chapter dalam hidup aku.......buka lembaran baru dalam diari kehidupan seorang insan bernama Amirul Izran Ibrahim...... now da jadi tunangan org.....( ahaks, baru bertunang da nak kecoh...... arghhh persetankan, suka ati aku le..... wakakkakakaakkaka) ...insyaAllah dalam tempoh setahun nie, berusaha pulak utk tukar dari tunangan ke suamian...........
Di kesempatan ini, (actually ini lah sebenarnya tujuan aku menulis....) adalah ingin merakamkan penghargaan aku kepada insan insan yang menjadi sumber kekuatan aku untuk terus berdiri di muka bumi Allah ni..... Pertamanya kepada kedua mak ngan abah aku.... Noraini Alias & Ibrahim Harman..... Mak ngan Abah, An nak ucapkan berbanyak terima kasih atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta kasih sayang yang mak dan abah curahkan pada An selama nie...... terima kasih jugak kerana tetap tidak pernah berputus asa mendoakan kebahagian untuk An...... insyaAllah mak & abah, selagi hayat di kandung badan, An akan berusaha membalas jasa mak ngan abah selama nie.....keduanya kepada abg dan adik serta akak ipar aku...well korang mmg terbaik bila ber tag team membahan hidup aku.....hahahahahahahahahahah serius aku rasa sgt happy dan bertuah ada adik beradik yg gile gile macam korang berdua......
Seterusnya kepada keluarga pak cik aku yang sentiasa ada membantu dan memberi tunjuk ajar kepada aku tentang kehidupan.... Cik Yun, jasa baik dan pengorbanan Cik Yun sekeluarga dalam hidup An selama nie, dari An belajor di Teknik Shah Alam ( yang membawa kepada gelaran "An Surrounded"...... cis hampeh....) ke Matrikulasi Pulau Pinang, ke UTM Skudai hingga la An start kerja kat Panasonic Pasir Gudang....( and now berkhidmat utk cik hehehehhehehe)... jasa budi baik Cik Yun sekeluarga hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalasnya....... nasihat dan tunjuk ajar Cik Yun sekeluarga akan An kenang hingga ke akhir hayat.....
Begitu juga kepada keluarga pak cik pak cik dan makcik makcik yang lain, hanya Allah mampu membalas jasa baik korang semua terhadap An...... InsyaAllah, An akan senantiasa mendoakan yang terbaik utk korang semua....... tunjuk ajar serta bimbingan dan teguran yang diberikan kepada An, akan di kenang hingga ke akhir hayat.
Tak lupa juga kepada sepupu sepapat aku........ dari Abg Zaimi sefamily yang sentiasa menceriakan keadaan dengan lawak lawak tahap ohsem, hinggalah ke adik adik sepupu aku yang banyak menghuru harakan serta menceriakan hidup aku........ Bro Don Syazwan @ Don Raizo, lu tunggu turn lu nanti, gua tag team dengan aswad & Taf nanti......kemain happy lagi ko ek, bahankan aku semalam............owg tak lupa juga kepada tauke ceklat, hehehehhehe Anis sebab sponsor ceklat hantaran......... =)
Last but not least, untuk yang teristimewa...... (aiceh tetiba lagu jiwang plak berkumandang.... hahahahahah) buat Nur Azliza Ahmad, thanks for being there....... terima kasih kerana sudi terima diri ini seadanya....insyaAllah , sama sama usaha mencari keredhaan Allah........ dan insyaAllah, sama sama berusaha menjadi yang terbaik di sisi Allah S.W.T ......... dari " Aku Terima Nikahnya" ke "Bercinta Hingga Ke Syurga" ..... insyaAllah ............
So guys, cukup sampai sini aku merepek....... terima kasih kerana sudi membaca coretan yang tak seberapa nie............... (actually da tak tahu nak nulis apa lagi nie........ )
chow folks.......
buthehatisenang.blogspot.com
p/s : alhamdulillah, doakan kami yek kengkawan...... heheheheheh =)